Selasa, 27 Disember 2011

Eksperimen Air

Bolehkah Air Membesarkan Imej Objek?

Bahan-bahan:

Air
Botol prego yang jernih dan berbentuk silinder
Sekeping gambar

Langkah-langkah:

1. Penuhkan air botol dengan air.
2. Letakkan gambar di belakang botol.
3. Perhatikan gambar tersebut menerusi botol tadi.
4. Gambar itu kelihatan besar dari saiz asalnya.

Air Membesarkan Imej Objek.

Air boleh membiaskan cahaya yang dipantul daripada sesuatu objek dan menyebabkan objek itu kelihatan lebih besar daripada saiz asalnya.



Kesimpulan :

Saiz gambar kelihatan berubah kerana berlaku pembiasan cahaya. Dinding botol (dan juga permukaan air di dalamnya) yang melengkung membiaskan cahaya yang bergerak menerusinya. Oleh itu, gambar kelihatan lebih besar daripada saiz yang sepatutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan