Laporan Hari Lawatan Ke Pusat Sains Negara.
Setelah berbincang bersama ahli kumpulan iaitu Rohayu Saad, Roslizarina Rasli , Norerliana, kami sebulat suara telah memilih tarikh 23.10.2011 sebagai tarikh lawatan kami ke Pusat Sains Negara. Kami ahli kumpulan bertolak dari Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak ke Pusat Sains Negara pada pukul 12.00 Tengahari dan tiba di Pusat Sains Negara pada pukul 12.30 Tengahari.
Setibanya kami di sana kami menuju ke kaunter pembelian tiket. Kami membeli tiket Pakej Dinos Alive yang berharga RM8.00 setiap orang.
Sesuatu pengalaman dengan merasai sendiri apa yang kita lihat dan rasai merupakan pengalaman yang tidak mudah kita lupakan. Bagi kami pengalaman sewaktu berada di ruangan pameran ‘Dinos Alice’ merupakan pengalaman yang amat berharga dan menyeronokkan. Bayangkan ketika kami mula menjejakkan kaki di hadapan bilik pameran dinosaur kami rasakan seolah-olah kami berada di kawasan yang mempunyai dinosaur.
Masih terbayang-bayang ngauman ngeri dinosaur ketika kami keluar dari ruangan pameran tersebut. Kami merasakan seolah-olah dinosaur tersebut mengancam nyawa kami oleh kerana memikirkan gerakan dinosaur tersebut seperti dinasaur hidup.
Refleksi :
Jika saya berkesempatan untuk pergi ke sana lagi, apa yang ingin saya lakukan ialah dengan menyertai Program Eksperimen Untuk Guru. Ini kerana pada hari saya pergi membuat lawatan di sini, saya tidak mengetahui terdapat Program Untuk Guru.
Selain itu, pengalaman yang saya perolehi di sini ialah dapat melihat pelbagai alatan sains yang canggih dan mengetahui fungsi sebenar peralatan ini. Selain memberi pendedahan yang berbeza yang tidak mungkin saya perolehi di tempat lain. Selain itu, saya juga kagum dengan program yang ditawarkan di Pusat Sains ini.
Antaranya 'Science Day' yang dianjurkan bersama MOSTI di mana Pusat Sains akan mengadakan hari untuk Sekolah Kanak-kanak Khas yang Bermasalah Pembelajaran, Sekolah Pendidikan Khas dan sebagainya diundang secara percuma untuk melawat Pusat Sains Negara. Pada hari tersebut pihak Pusat Sains mengadakan pelbagai program menarik khas untuk kanak-kanak tersebut. Contohnya terdapat Program Belon Panas, Science Show, dan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan kanak-kanak tersebut.