Jumaat, 30 Disember 2011

Selasa, 27 Disember 2011

Laporan Ke Pusat Sains Negara

Laporan Hari Lawatan Ke Pusat Sains Negara.


Setelah berbincang bersama ahli kumpulan iaitu Rohayu Saad, Roslizarina Rasli , Norerliana, kami sebulat suara telah memilih tarikh 23.10.2011 sebagai tarikh lawatan kami ke Pusat Sains Negara. Kami ahli kumpulan bertolak dari Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak ke Pusat Sains Negara pada pukul 12.00 Tengahari dan tiba di Pusat Sains Negara pada pukul 12.30 Tengahari.

Setibanya kami di sana kami menuju ke kaunter pembelian tiket. Kami membeli tiket Pakej Dinos Alive yang berharga RM8.00 setiap orang.

Sesuatu pengalaman dengan merasai sendiri apa yang kita lihat dan rasai merupakan pengalaman yang tidak mudah kita lupakan. Bagi kami pengalaman sewaktu berada di ruangan pameran ‘Dinos Alice’ merupakan pengalaman yang amat berharga dan menyeronokkan. Bayangkan ketika kami mula menjejakkan kaki di hadapan bilik pameran dinosaur kami rasakan seolah-olah kami berada di kawasan yang mempunyai dinosaur.

Masih terbayang-bayang ngauman ngeri dinosaur ketika kami keluar dari ruangan pameran tersebut. Kami merasakan seolah-olah dinosaur tersebut mengancam nyawa kami oleh kerana memikirkan gerakan dinosaur tersebut seperti dinasaur hidup.

Refleksi :

Jika saya berkesempatan untuk pergi ke sana lagi, apa yang ingin saya lakukan ialah dengan menyertai Program Eksperimen Untuk Guru. Ini kerana pada hari saya pergi membuat lawatan di sini, saya tidak mengetahui terdapat Program Untuk Guru.

Selain itu, pengalaman yang saya perolehi di sini ialah dapat melihat pelbagai alatan sains yang canggih dan mengetahui fungsi sebenar peralatan ini. Selain memberi pendedahan yang berbeza yang tidak mungkin saya perolehi di tempat lain. Selain itu, saya juga kagum dengan program yang ditawarkan di Pusat Sains ini.

Antaranya 'Science Day' yang dianjurkan bersama MOSTI di mana Pusat Sains akan mengadakan hari untuk Sekolah Kanak-kanak Khas yang Bermasalah Pembelajaran,  Sekolah Pendidikan Khas dan sebagainya diundang secara percuma untuk melawat Pusat Sains Negara. Pada hari tersebut pihak Pusat Sains mengadakan pelbagai program menarik khas untuk kanak-kanak tersebut. Contohnya terdapat Program Belon Panas, Science Show, dan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan kanak-kanak tersebut.



Eksperimen Air

Bolehkah Air Membesarkan Imej Objek?

Bahan-bahan:

Air
Botol prego yang jernih dan berbentuk silinder
Sekeping gambar

Langkah-langkah:

1. Penuhkan air botol dengan air.
2. Letakkan gambar di belakang botol.
3. Perhatikan gambar tersebut menerusi botol tadi.
4. Gambar itu kelihatan besar dari saiz asalnya.

Air Membesarkan Imej Objek.

Air boleh membiaskan cahaya yang dipantul daripada sesuatu objek dan menyebabkan objek itu kelihatan lebih besar daripada saiz asalnya.



Kesimpulan :

Saiz gambar kelihatan berubah kerana berlaku pembiasan cahaya. Dinding botol (dan juga permukaan air di dalamnya) yang melengkung membiaskan cahaya yang bergerak menerusinya. Oleh itu, gambar kelihatan lebih besar daripada saiz yang sepatutnya.

Jumaat, 2 Disember 2011

Eksperimen Pokok Daun Bawang


Eksperimen 6: Pokok Daun Bawang





Hari Ke 5- Eksperimen Daun Bawang Pada 01/12/2011


Hasil eksperimen ini diperolehi pada hari ke 5, setelah saya menyemai 3 biji bawang yang mempunyai sedikit tunas pada 26/11/2011 jam 8.30 mlm.  Hasilnya 2 daripada 3 biji bawang yang telah mempunyai mata tunas itu mulai tumbuh, manakala yang 1 biji lagi bawang agak perlahan tumbesarannya.

Hari Ke 7- Eksperimen Daun Bawang Pada 03/12/2011

Hasil ini diperolehi pada hari ke 7 eksprimen daun bawang. kelihatan  daun bawang semakin tinggi daripada hari ke 5 eksperimen ini dijalankan.

Kesimpulan yang dapat dinyatakan di sini ialah tumbuhan memerlukan cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis dan hasilnya digunakan untuk proses respirasi dan tumbesaran. Tumbuhan yang membesar mengalami pertambahan berat dengan kehadiran karbohidrat yang disintesiskan. Selain itu, kadar air mencukupi cukup juga membantu tumbesaran tumbuhan yang ditanam.



Eksperimen Dengan Tumbuhan

Eksperimen 6: Pokok Daun Bawang :



Bahan yang diperlukan :

  • Bawang (yang sudah bertunas)
  • Tanah
  • Bekas/ pasu
  • Air
  Cara-caranya

  • Letakkan tanah ke dalam bekas/ pasu
  • Cucukkan bawang ke dalam tanah.
  •  Pastikan pucuknya nampak dan berada di atas tanah
  • Siram air secukupnya
  • Letak di tempat yang ada cahaya matahari
  • Periksa setiap hari dan pastikan menyiramnya

Rabu, 9 November 2011

Lagi Tentang Kempen Selamatkan Bumi - Earth Hour




Eiffel Tower, Twin Tower dan ribuan mercu tanda setiap negara juga menyertai Kempen Earth Hour. Jutaan penduduk dunia juga menyokongnya.

Di Malaysia, pihak kerajaan dengan kerjasama Tenaga National Berhad (TNB) turut sama membantu dalam menjayakan kempen ini.

Di peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia pula, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menyahut seruan ini dengan kempen bergelap sejam pada tarikh dan waktu tersebut diseluruh kawasan kampus induknya di Bangi, Selangor.

Oleh itu, usaha untuk bergelap sejam ini adalah untuk mengurangkan gas-gas yang mampu memanaskan dunia global. di samping itu juga, terdapat pelbagai iklan yang menjadikan 60 Earth Hour sebagai tema.

Selasa, 8 November 2011

Kempen Selamatkan Bumi - Earth Hour



Logo Kempen Earth Hour


Earth Hour merupakan kempen bermotifkan selamatkan bumi yang dianjurkan oleh WWF juga dikenali sebagai World Wildlife Fund. Aktiviti kempen ni selalunya diadakan pada setiap hari sabtu pada bulan Mac setiap tahun, Pada tarikh ini selalunya lampu akan dipadam selama sejam untuk menghayati tentang perubahan iklim yang amat ketara berlaku pada bumi sekarang ni.

Earth Hour adalah program berunsur kecintaan alam yang pada mulanya dilaksanakan di Australia. Melihat inisiatif mulia ini, program ini mula dilakukan kalau tak silap di 38 negara. Program ini terus berkembang menjadikan peserta negara dunia meningkat kepada 128 negara. Seluruh dunia akan menutup alatan-alatan berkaitan elektrik selama satu jam pada Sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun.


Seharian Di Pusat Sains Negara Pada 23.10.2011









Rabu, 19 Oktober 2011

Suara Saintis Muda/ Teknologi/Kejuruteraan

Teknologi Rangkaian Tanpa Wayar: Dulu, Kini dan Akan Datang


Teknologi Rangkaian Tanpa Wayar: Dulu, Kini dan Akan Datang

Kimia

Sekali pandang, semut adalah sejenis makhluk kecil yang tidak memberikan apa-apa manfaat dalam kehidupan manusia. Namun begitu, makhluk kecil ini mendapat perhatian istimewa dalam agama islam sehinggakan di dalam kitab suci Al Quran sendiri ada suatu surah khas yang dinamakan semut iaitu Surah Al-Naml. Kehidupan semut...

Keunikan Semut !

Khamis, 13 Oktober 2011

Info Sains



Ada Apa Dengan BintangTahukah anda, bintang – seperti juga Matahari – merupakan satu bebola gas besar yang bersinar. Sesetengah bintang adalah lebih besar, tetapi kebanyakannya adalah lebih kecil daripada Matahari yang berjisim 332,830 kali lebih besar dari Bumi. Pada permulaan kehidupan bintang, ia mengandungi 2/3 hidrogen dan 1/3 helium.






Menguruskan  Alam Sekitar Menerusi Pembacaan...

Menguruskan Alam Sekitar Menerusi PembacaanTentunya jijik apabila melihat sampah-sarap bertaburan di atas jalan. Meloyakan apabila melihat pelbagai jenis sampah yang berupa pelbagai jenis mula membusuk dan berair. Siapa yang tidak rimas dan tidak selesa dengan keadaan-keadaan begini. Menyakitkan mata apabila melihat ia bertaburan di merata tempat, terutamanya di tempat-tempat awam yang sentiasa dikunjungi

Kehidupan Manusia Dan Sains

Kehidupan manusia memang banyak dipengaruhi oleh sains dan teknologi. Lihat sahaja ciptaan seperti kereta, rumah dan komputer yang begitu lumrah dalam kehidupan manusia kini. Jadi, memang banyak sumbangan yang wujud.


computer 250x300 Karangan UPSR 06: Sumbangan Sains Dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia

 
Kosmologi, Astronomi, Sains dan Ketuhanan
PENGENALAN Apa itu alam semesta? Alam semesta merupakan sebuah ruang yang amat luas dan di dalamnya terisi semua jirim dan tenaga yang terwujud. Manusia yang menghuni di planet bumi adalah antara komponen yang amat kecil dalam alam semesta

Rabu, 12 Oktober 2011

Sains Di Sekeliling Kita

Sains Dan Anda
Meneroka sains di langit dan di bumi...

Pengenalan Sains Kepada Kanak-kanak:
  1. Mengajar dengan cara praktikal “hands-on experiences
  2. Mengembangkan lagi minat kanak-kanak                            
  3. Sesuaikan aktiviti sains dengan usia kanak-kanak
  4. Jadikan alatan-alatan sains sebahagian daripada hidup mereka
  5. Menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai, menggalakkan kanak-kanak memerhati, mencuba, bertanya soalan dan menyelesaikan masalah, mengubahsuai dan membuat perkaitan antara satu sebab dengan sebab musabab.