Rabu, 9 November 2011

Lagi Tentang Kempen Selamatkan Bumi - Earth Hour




Eiffel Tower, Twin Tower dan ribuan mercu tanda setiap negara juga menyertai Kempen Earth Hour. Jutaan penduduk dunia juga menyokongnya.

Di Malaysia, pihak kerajaan dengan kerjasama Tenaga National Berhad (TNB) turut sama membantu dalam menjayakan kempen ini.

Di peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia pula, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menyahut seruan ini dengan kempen bergelap sejam pada tarikh dan waktu tersebut diseluruh kawasan kampus induknya di Bangi, Selangor.

Oleh itu, usaha untuk bergelap sejam ini adalah untuk mengurangkan gas-gas yang mampu memanaskan dunia global. di samping itu juga, terdapat pelbagai iklan yang menjadikan 60 Earth Hour sebagai tema.

Selasa, 8 November 2011

Kempen Selamatkan Bumi - Earth Hour



Logo Kempen Earth Hour


Earth Hour merupakan kempen bermotifkan selamatkan bumi yang dianjurkan oleh WWF juga dikenali sebagai World Wildlife Fund. Aktiviti kempen ni selalunya diadakan pada setiap hari sabtu pada bulan Mac setiap tahun, Pada tarikh ini selalunya lampu akan dipadam selama sejam untuk menghayati tentang perubahan iklim yang amat ketara berlaku pada bumi sekarang ni.

Earth Hour adalah program berunsur kecintaan alam yang pada mulanya dilaksanakan di Australia. Melihat inisiatif mulia ini, program ini mula dilakukan kalau tak silap di 38 negara. Program ini terus berkembang menjadikan peserta negara dunia meningkat kepada 128 negara. Seluruh dunia akan menutup alatan-alatan berkaitan elektrik selama satu jam pada Sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun.


Seharian Di Pusat Sains Negara Pada 23.10.2011